Sunday, December 1, 2013

Tersedar Dari Lena Yang Panjang...

Bismillahirahhmanirrahim...

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. :)

masih diberi keizinan oleh DIA yang TERCINTA untuk bernafas hari ini..
Terusik hati bila teringatkan kisah2 hidup di zaman jahiliah dulu kala. Terlalu banyak masa dibazirkan untuk perkara yang lalai sedangkan perkara itu sebenarnya tak salah sekiranya kita pandai mengaturnya dengan baik diiringi dengan doa dan kepercayaan dan ketakwaan sepenuhnya pada Allah. Namun, diri yang serba kekurangan dan berfikiran mentah ni masih belum capai tahap kematangan untuk mengatur semuanya dengan baik. Its okay, at least kita dapat pengalaman yang tak pernah kita rasa sebelum ni dalam hidup, and jangan disesali perkara yang lepas. Pasti ade hikmah disebalik apa yang berlaku. Believe it! :)
untuk post kali ni, tiba2 rasa ingin kongsikan satu doa ataupun boleh jugak dikatakan puisi ^^ err ntahla.. diri ini student sains, bukan lah pakar bahasa. Hanya untuk perkongsian luahan hati dalaman yang dah lama terpendam. Semoga kita dapat hayati dan fahami bersama2.. in shaa Allah..




Alhamdulillah..
Sesungguhnya Engkau sangat penyayang walaupun aku hamba yang sering melanggar amanah Mu..
Hamba yang sering leka dengan nikmat dunia ini, Kau masih sayang aku..
Kau masih menemani aku tatkala aku gembira atau sedih, berjaya atau gagal,
senang atau susah..
Kau tetap iringi hidupku dengan bantuan Mu..

Ya Allah..
betapa sayangnya Kau pada aku :'(
Sampai bila aku harus teruskan kelekaan ini?
Bantulah aku, kuatkan aku dalam menempuh ujian dan cabaran untuk memperbetulkan tujuan hidupku..

menjadi abit dan khalifah..
yang sentiasa mengamalkan sunah kekasih Mu, Rasullulah s.a.w junjungan kami..
untuk menghayati kisah para sahabat sangat hebat keimanannya,
Umar Al-Khatab, Saidina Uthman, Saidina Hamzah dan Saidina Ali..

Ya Allah..
Betapa cintanya mereka kepada Mu..
Sanggup mengorbankan kehidupan, harta, jiwa dan nyawa mereka semata2 untuk memperjuangkan agama Mu..
Mereka lakukan apa saja untuk menegakkan agama yang suci ini..
Berjuang menentang kafir Quraisy..
Melindungi Rasul Mu tatkala dicerca dan dihina..
sedangkan aku????
apa yang aku dah lakukan untuk Islam hari ni? minggu ini? bulan ini? tahun ini? sepanjang hayatku ini...........................?
Astaghfirullah..

Ya Allah..
Kuatkan hati dan jiwa kami untuk berjihad di jalan Mu..
Ampunkan kami andai kami terleka selama ini..
berilah kami taufiq dan hidayah..
Tanpa taufiq, kami tidak dapat melaksanakan amanah Mu lagi..
Berilah kami kekuatan yang teguh dalam hati kami agar kami tidak terleka lagi ........ :'(

Ya Allah..
Kami sering lupa dengan nikmat yang Kau berikan..
Nikmat kesihatan, nikmat masa..
Kami sering abaikan dan gunakan dengan perkara yang jauh dari jalan Mu..
Betapa zalimnya kami terhadap diri kami sendiri...

Ya Allah..
Janganlah Kau biarkan kami tersungkur lagi..
Bantulah kami untuk bentengi diri kami dari bisikan sang neraka yang sering menggangu hati dan fikiran kami..

Amin..



 





Allah ada berfiman dalam surah An-Nur:24:46 ;

"Sungguh Kami menurunkan ayat-ayat yang memberi penjelasan. Dan Allah Memberi petunjuk kepada siapa yang DIA kehendaki ke jalan yang lurus".

See! specialnya kita kan sebab Allah bagi hidayah tu pada kita :) Pada hakikatnya hidayah tu Allah dah bagi lama dalam hidup masing2. Terpulang pada kita je sama ade nak ambil ataupun tidak. Terpulang pada kita jugak nak lalui jalan arah yang mana.
Bersabarlah wahai hati..
 Nak berubah bukannya senang, kerana syurga itu manis.








Dalam jalan menuju mencari redha dan kasih NYA, ketika itu jugalah Allah menguji kita. Makin dekat kita mendekati Allah, makin banyak pula ujian yang datang. Subhanallah :'( kuatkan kami. Berikan kekuatan yang teguh dalam hati kami andai kami jatuh dan tersungkur ke jalan yang lama.

"Disitulah diuji orang2 mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang dahsyat".

surah Al-Ahzab:33:11 





Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

#Jaga diri, jaga hati, jaga iman
Biar buruk rupa, asal tak buruk iman.


Wallahualam..


Monday, September 30, 2013

Alam Degree : Part 1

Assalamualaikum W.b.t :)
first of all rasa happy sebab dapat meluangkan masa untuk update info2 baru kat sini, tapi tak berkesempatan, hmm hmm.. bukan sebab busy sangat.. tapi sebab connection wifi macam kurakura jeh, haihh.. haha by the way i have already registered for my degree Fakulti Pendidikan sains Biologiii at UiTM Shah Alam or nama bajetnya ialah USA.. hehe, jangan jeles dengan nama ni *actually malas tulis panjang2 =='
So far this week dah masuk third week berada kat bumi USA ni.. Alhamdulillah everything is okay. dalam proses mengenali kehidupan di alam baru ni. Kehidupan kat u ni lain dengan sekolah..yupp, memang lain and lagi best sebab takde ro-call macam kat maktab dulu,hehe heaven betul rasa!
Naik bas bukan main lah jauhnya. orang lain mostly fakulti kat dalam main kat dalam main campus je(seksyen 7)..but my faculty nun jauh di sanaaa, kat seksyen 17.. hmm jauh la sikit tapi takpe sebab naik bas pegi sana free je :) and everyday dapat lah jugak tengok alam kat luar sana tu haa.. Even kat shah alam ni takdela pantai, tapi alhamdulillah seronok jugak belajar kat sini..Roomates? ouh alhamdulillah,semua okay jugak :) yela dah besar kan,but first sem je kami dapat bersama, next sem semua dah lain2 dah..

Kat maktab dulu2 ilmu agama and tazkirah semua boleh dapat kat surau, dalam kelas PAI dengan ustaz Syahmi, Ustaz Zaki,Ustazah Mardiana..but now,ilmu agama kena pandai cari sendiri. Kalau tak cari, so takdela makanan rohani, hmm tak tenanglah hidup bila kita jauh dari Dia.. kan? haa, kat sini first week masuk i officially dilantik sebagai ******* kolej :) alhamdulillah.. actually rasa berat jugak nak pikul amanah Allah ni.. but i just think positive.. Everything happen must be a reason from HIM,,i believe it! ^_^ in shaa Allah every nignt kalau takde halangan i will go to my port lepak...haha, bukan disko, bukan pusat snooker dan bukan jugak i-City,hehe..but itulah yang aku nama kan ..iaitu Teratak Coklat :) di sini aku ditarbiah untuk berfikir and mengenali ape tujuan Allah ciptakan aku sebenarnya..dan kenapa Allah letakkan aku di sini..di bumi Shah Alam ni.. Ramai kakak2 senior yang caring kat sini, terharu :') 
Rasanya tu je setakat ni. Kalau panjang umur in shaa Allah akan ade part 2,3,4,5....... and seterusnya.. Wallahualam...

Teman study #whitecoffee




library intec and fakulti pendidikan

my room :)

sejenis makanan ^_^



aiskrim paling best kat intec *kowt.. hehe

i call this teratak coklat, which the nice and peace place..di sini tempat hati ditarbiah,



with my bestie, Zakiah :) intec student,bakal fly ke Australia in shaa Allah..



Minggu Destini Siswa at Dewan Agung Tuanku  Canselor #DATC


Segala yang suka Allah yang beri. Segala yang duka jugak Allah yg beri.. Yang pasti setiap apa yang terjadi pasti ade hikmahnya..

#jaga diri,jaga hati,jaga iman.
Biar buruk rupa asal tak buruk iman..

Wallahualam..









Sunday, July 14, 2013

First experience attend to education interview :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah.


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umur untuk merasai keindahan bulan ramadhan tahun ni, 1434H sampai hari ni 5ramadhan. Hopefully kita sama2 dapat memanfaatkan bulan ni sebaik2nya :)

sempena result upu yang baru keluar, i just want to share what i got. Alhamdulillah i got what i want to be.
Bila cakap about degree ni mesti kita nak ape yang kita cita2 and impikan, because orang kata this is about our future, 10 years akan datang.. hmm..betul ke? nak tell about ambition, dulu2 teringin nak jadi doktor, then bila masuk matriks minat jadi berubah drpd doktor kpd pensyarah. Haha maybe sebab tengok jadi pensyarah ni dapat communicate dengan ramai orang and one more thing kerjaya macam ni best sebab kita dapat peluang untuk didik orang and share tentang experience hidup kita pd orang lain. Setiap org tak sama pengalaman hidup, kan? jadi doktor pun best jugak tapi qualification sampai 'situ' je kan, but its okay, bersyukur dengan apa yg kita dapat :) ape yg Allah tentukan tu adalah sesuatu yg terbaik and sesuai dengan diri kita ^_^




Alhamdulillah, memang tak expect pun akan dapat ni. Dalam bulan Januari 2013 upu fasa1 untuk ijazah sarjana muda lepasan stpm/asasi/matrikulasi  dah keluar, time tu memang nawaitu dah nak isi pendidikan for my first choice. Bagi ssesiape yang belum tau, dalam upu ade 8 pilihan untuk ipta and 4 pilihan for RU(research university) that are UM, UKM, UTM, UPM. USM tak termasuk dalam RU sebab USM adalah apex university. So nak apply pun ade borang on9 khas dia sendiri. Dalam 8 pilihan ipta, pening jugak nak fikir pasal kos ni, yg bawah2 tu memang tak tahu nak isi ape. Tapi dengan bantuan sorang sahabat yg setia membantu ni, akhirnya dapat jugak guidance untuk memenuhi ruang2 yang ade kat bawah tu.

Nak pilih bidang ni kena betul2, i mean yang sesuai dengan kelayakan and minat kita. dua2 tu kena seiring so takdela nanti kita dapat ape yang kita tak minat haa. So disebabkan i got the Faculty of Education, let me share you from A to Z. haha. Just want to share dgn adik2 junior melawat blog ni :)

Dalam bidang pendidikan ni WAJIB bagi pemohon utk menghadiri sesi interview. In my upu list i choose 2 courses in education, first in uitm and the another one upsi. Alhamdulillah dua2 pilihan ni berjaya untuk dipanggil interview. Untuk upsi ni lain sikit, before dipanggil interview kita kena jawan 1 ujian yang dinamakan ujian MEdsi haa, ade 300 soalan jawab dalam masa 1jam 10min kalau tak silap. Haha soalan dia senang je tapi kena faham la ape dia tanya, orang berjiwa pendidikan memang kena lah dgn jiwa dia. ehemmm, haahaha , not me. Maybe this just luck and rezeki.

selesai ujian MEdsi, muka happy je sebab soalan dia 'best' sgt!huhu

Tak lama lepas tu keluar result interview for uitm. Alhamdulillah,tak sangka pun dapt interview uitm tu sebab ingatkan kena jawab MEdsi macam upsi jugak. then keesokannya keluar result MEdsi. Alhamdulillah lulus and layak ke interview. Nasib baik tak clash tarikh interview uitm and upsi. Interview uitm 25 may at Fakulti pendidikan seksyen17 shah alam &, interview upsi 28 may at Kota Bharu. jauhhh nuuuhhh, huhu

Pengalaman intervew....
First time interview(IV)  rasa cuak jugak. yela tak prnah feel pun sebelum ni. IV kat uitm tu secara individu. and non-expected dia suruh kita mengajar kat depan.  Disebabkan i take the biology course so kena ajar bio lah kan, haa dah la time tu dah habis matriks, memang tak ingat sangat lah kannn. Tapi yg paling ingat sampai sekarang pasal cardiac cycle haa , so ajar jela pasal tu. Actually diorang just nak tengok kita punye confidence je, suara and cara kita sampaikan. Tu je then habislah. Pasal current issues of course lah kan dia tanya. Jadi rajin2 kan lah diri untuk baca :) hehe paling best interviewer tu cakap, " best la  borak dengan athirah ni," huhu malu nye la rasa.  
Iv upsi pulak secara grouping. 1 bilik ade 3 orang. Sorang student skolah agama(stpm maybe), sorang sains(me) and sorang lagi akaun. Tiga2 ni bidang yang berlainan. Tapi best lah sebab rasa tak mencabar sangat,hehe. Takde suruh ajar2 bagai macam kat uitm tu.. Totally i think iv upsi i can do better and confidently. Rasa cuak pun kurang, yela sebab tu bukan yg first. So dah ade pengalaman sikit ;)
Then bila keluar result tengok2 dapat uitm!!! so amazing for me... 
Ya Allah, syukur sangat yang tak terhingga. Alhamdulillah. You hear my prayer and accept my request :')


Interview at uitm Shah Alam



Interview UPSI at Kota Bharu, Kelantan


Anyway i'm happy with what  i got. Bersyukurlah dengan ape yang kita dapat.  But sometimes bila kita tak dapat ape yg kita inginkan, just accept it dengan redha. Allah tu Maha Pengasih. Believe that the good things will come after :) seriuslyy. Asalkan kita tak putus doa and berharap pd Dia Yang Maha Kuasa. In shaa Allah rezeki tu ade je kat mana2 selagi kita masih hidup.

Setakat tu untuk entry kali ni.  Selamat menjalani ibadah puasa&selamat beribadah! :)


#Jaga diri, jaga hati, jaga iman. Hiasi diri dengan akhlak yang mempersona.
Biar buruk rupa, asalkan tak buruk iman:)


Sekian,


Me :)

Tuesday, July 2, 2013

Ramadhan is coming,, are you ready?

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah dengan izin Allah i still can breathe today and can make this entry..  demam pun dah sembuh :) Hmm, penat jugak rasa bila tak sihat, because of that kita harus bersyukur with all the thing we have right now, kan? Pejam kelip pejam kelip dah nak sampai ke bulan yg paling dinanti2kan, ade jugak yg tak sabar *ehemm include me >_< That is RAMADHAN AL-MUBARAK :) many special things yang ade dalam bulan ramadhan ni, sebab bulan ni berbeza dengan bulan2 yang lain.. yelahh, sepanjang bulan ramadhan semua umat Islam yang cukup syarat2nya harus melaksanakan puasa ni untuk melengkapkan rukun Islam..




Mudah2an kita mampu untuk laksanakan ke lima2 rukun tersebut.. In shaa Allah.. bila ramadhan dah dekat ni, ask yourself. Are you ready for this ramadhan? Ouh!! kena ready jugak ke? YES! of course.. Haa kalau kita nak pergi jawab kuiz or exam, mesti kena ready dulu kan? kena study dulu, kena buat latihan, kena lengkapkan stationary semua. kalau tak macam mana kita nak jawab dengan tenang and baik..kan?  In this case sama jugak, kena siapkan diri. Kalau yang dah biasa berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa di pertengahan bulan (13,14,15),  and lain2 puasa sunat lagi mesti rasa terbiasa dah untuk berpuasa. Bagi yang dah biasa puasa sunat for sure mereka dah biasa untuk berpuasa nnti. this kind of people mesti takkan rasa liat untuk bersahur dan rasa payah untuk menahan rasa makan&minum. Alhamdulillah :)


Ramadhan ertinya bulan mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah s.w.t .Bahawa di dalam syurga terdpat bilik-bilik, shabat bertanya," Untuk siapakah bilik-bilik ini Ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab," ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang banyak manusia sedang tidur".



Pada hari kiamat malaikat akan bersujud dan berdoa kepada Allah, 
" Ya Tuhanku, ampunilah umat Mahammad, kasihanilah mereka. Jangan diseksa daripada golongan umat  Muhammad yang berpuasa di bulan Ramadhan". (Al-Hadith)



Dalam bulan ramadhan umat Islam akan memenuhkan masjid2 or surau2 untuk mengerjakam solat sunat tarawikh tiap2 hari secara berjemaah. Bukan kita dapat tengok macam ni kan. Dapat rasa kemeriahan yang berbeza daripada bulan2 biasa. Sepanjang 19tahun ni dah rasa pengalaman ramadhan di rumah dan asrama.. Kalau kat rumah mak or abah yang kejut. kalau kat asrama lain pulak,.. ade responsible.. i have to press the siren so that all the aspurian bangun for sahur. Tapi biasa lah, sometimes ade je yang tak bangun. and ade jugak yang sahur tapi  makan kat bilik je pun dah okay ^_^  Biasa lelaki je yang penuh time sahur kat dewan selera. *bagus jugak budak lelaki mrsm tgs ni :D

Since form2 i have involved in ajk BADAR, ajk surau and seumpama dengan nya.. Paling berat sikit masa form5, kena buat list for each usrah untuk Tadarus Al-Quran. But ni semua best, dapat pengalaman yang tak semua orang boleh rasa, kan? ^_^ Nak layan dengan junior2 yang suka memonteng lagi, haihh.. But alhamdulillah, my usrah's member always enough, kalau tak datang tu siap aku cari, haha.. Kalau junior senang sikit nak tegur and didik.Basuh2 sikit then okay lah..tapi  kalau senior tu lain pulak ceritanya.. Seharian kelas biasanya sampai pukul 2ptg. then solat zohor.. pukul 3.30ptg kena pegi prep petang pulak.. kalau time form5 lagi lah kena datang awl, dengan PGG nya lagi. ==" so pengajaran kat situ kita mesti betul2 pandai manage masa tambah2 lagi waktu genting macam ni, *preparation for trial spm 2011.. pukul 4.30ptg ready for Asar, then tadarus ramai2, kalau kat mrsm tgs ktorang ikut turn hidang makanan untuk berbuka.. ikut kelas.. Pusing2 dalam sebulan puasa tu dalam 2kali je turn hidang makanan,, Sometimes budak2 yang tak turun surau or ape2 je kesalahan, sebagai hukuman mereka dikenakan denda hidang makanan , so tambah tolak darab bahagi, makin kurang lah kerja, hehe
Thats all pengalaman ramadhan zaman2 kat mrsm dulu..

Banyak fadhilat yang ade dalam bulan ramadhan.. so mari lah kita sama2 selongkar apa kelebihannya..








Semoga ramadhan 1434H ini jadi lebih bermakna dari sebelum2 ni.. Semoga kita dapat melawan segala godaan nafsu and ambil peluang ni sebaik2nya. mungkin.... tahun depan kita 'pergi'.. Wallahualam.. kita belum terlambat. Semoga Allah mengampuni dosa2 kita yang terlampau banyak pada kisah hidup yang lalu.......



#Jaga diri, jaga hati, jaga iman, hiasi peribadi diri dengan akhlak yang mempersona,
biar buruk rupa, asalkan tak buruk iman..



Sekian, 

Me


Wednesday, May 8, 2013

Menzalimi Diri Sendiri???Tepuk Dada Tanya Iman..

Ya..Ramai manusia tidak menyedari bahawa mereka telah menzalimi diri mereka sendiri, termasuk lah diri saya. Bagaimana dikatakan menzalimi diri sendiri itu? Ia umpama kita sedang mencampakkan diri kita sendiri ke dalam jurang kebinasaan dengan perbuatan menzalimi diri kita sendiri iaitu dengan melakukan perkara-perkara yang ALLAH s.w.t murkai&larangi. Sebagai contoh menagih dadah, menghisap rokok, memandu melebihi had laju, makan mengikut nafsu dan lain-lain. Itulah perbuatan yang merosakkan diri dari aspek fizikal. Jika dilihat dalam perspektif Islam, ia merangkumi secara lebih luas dan mendalam. Setiap perkara yang ALLAH s.w.t larangi pasti ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan diri kita menjurus ke arah kegelapan dan kebinasan.

ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud :

" Sesiapa yang tidak menghukum dengan hukuman ALLAH, maka itu lah orang yang zalim."
(Surah al-Ma'idah 5: 45)

Apabila membaca ayat ini, ada pihak yang hanya melihat kezaliman yang dilakukan oleh pihak lain. Ramai yang menunding jari kepada orang lain, sedangkan ayat ini sewajarnya ditujukan kepada diri sendiri. 

KATEGORI ZALIM

Menurut para alim ulama, zalim terbahagi kepada tiga:
1) Zalim kepada ALLAH
2) Melakukan kezaliman terhadap makhlukNYA seperti manusia, alam dan haiwan
3) Menzalimi diri sendiri

CONTOH KEZALIMAN TERHADAP DIRI SENDIRI

Spiritual

  • mensyirikkan Allah,
  • Tidak mengikut sunnah Rasulullah,
  • Meninggal dan melengah-lengahkan amalan wajib,
  • Melakukan tegahan agama dan ketagih terhadap perkara haram sebagai contoh melihat pekara-perkara maksiat tanpa batasan.

Minda

  • Malas berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan,
  • Menjerumuskan diri dengan perkara-perkara yang merosakkan daya berfikir,
  • Tidak menghargai nikmat akal untuk berfikir tentang kebesaran ALLAH.

Emosi

  • Memikirkan hal keduniaan lebih daripada mengingati akhirat
  • Membiarkan diri deselubungi perasaan yang boleh menjadikan diri lemah semangat dan berputus asa dengan rahmat ALLAH s.w.t
  • Sengaja tidak melawan sifat mazmumah (perkara buruk) yang ada dalam diri.

Fizikal

  • Makan makanan yang memudaratkan kesihatan
  • Tidak menjaga lidah daripada mengucapkan sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
  • Berkira-kira tenaga untuk melakukan kerja
  • Memmbunuh diri

#Majalah SOLUSI, ISU 53

Dalam kehidupan harian, kita seringkali sedar mahupun tidak sedar dengan perbuatan menzalimi terhadap diri kita sendiri. Perbuatan ini sama sekali tidak menguntungkan diri malah merugikan serta merosakkan kehidupan. Dengan menzalimi diri sendiri juga menyebabkan hati mula ditumbuhi dengan titik-titik hitam yang menggelapkan dan menghalang daripada menerima cahaya serta hidayah daripa ALLAH s.w.t.. Oleh itu, sama2 lah kita muhasabah diri dan berusaha untuk memperbaiki amalan. Sifat zalim hanya dapat ditangani dengan menyuburkan rasa tauhid yang kukuh, berpegang dengan syariat ALLAH s.w.t dalam apa jua keadaan.  

Saturday, April 13, 2013

Dunia Laksana "Penjara" Bagi Si Mukmin dan "Syurga" Bagi Si Kafir..

Kehidupan bagaikan sebuah penjara, semuanya terlarang, tidak diperkenankan bagi siapapun memperoleh apa yang disukai dan dirinya inginkan dengan sebebas-bebasnya kecuali hanya memperolehi dalam kadar sedikit sahaja.

Gambaran ini sangat sesuai dengan keadaan seorang mukmin yang hidup di dunia ini, dia menyedari bahawa hari-hari di dunia sangat sebentar.Dunia juga adalah satu fasa untuk mencapai kehidupan setelahnya iaitu akhirat yang kekal abadi. Seperti firman Allah dalam Kitab sucu Al-Qura'n, hari kiamat akan tiba dan tiada siapa yang mengetahui selain Nya..