Sunday, July 14, 2013

First experience attend to education interview :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah.


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umur untuk merasai keindahan bulan ramadhan tahun ni, 1434H sampai hari ni 5ramadhan. Hopefully kita sama2 dapat memanfaatkan bulan ni sebaik2nya :)

sempena result upu yang baru keluar, i just want to share what i got. Alhamdulillah i got what i want to be.
Bila cakap about degree ni mesti kita nak ape yang kita cita2 and impikan, because orang kata this is about our future, 10 years akan datang.. hmm..betul ke? nak tell about ambition, dulu2 teringin nak jadi doktor, then bila masuk matriks minat jadi berubah drpd doktor kpd pensyarah. Haha maybe sebab tengok jadi pensyarah ni dapat communicate dengan ramai orang and one more thing kerjaya macam ni best sebab kita dapat peluang untuk didik orang and share tentang experience hidup kita pd orang lain. Setiap org tak sama pengalaman hidup, kan? jadi doktor pun best jugak tapi qualification sampai 'situ' je kan, but its okay, bersyukur dengan apa yg kita dapat :) ape yg Allah tentukan tu adalah sesuatu yg terbaik and sesuai dengan diri kita ^_^




Alhamdulillah, memang tak expect pun akan dapat ni. Dalam bulan Januari 2013 upu fasa1 untuk ijazah sarjana muda lepasan stpm/asasi/matrikulasi  dah keluar, time tu memang nawaitu dah nak isi pendidikan for my first choice. Bagi ssesiape yang belum tau, dalam upu ade 8 pilihan untuk ipta and 4 pilihan for RU(research university) that are UM, UKM, UTM, UPM. USM tak termasuk dalam RU sebab USM adalah apex university. So nak apply pun ade borang on9 khas dia sendiri. Dalam 8 pilihan ipta, pening jugak nak fikir pasal kos ni, yg bawah2 tu memang tak tahu nak isi ape. Tapi dengan bantuan sorang sahabat yg setia membantu ni, akhirnya dapat jugak guidance untuk memenuhi ruang2 yang ade kat bawah tu.

Nak pilih bidang ni kena betul2, i mean yang sesuai dengan kelayakan and minat kita. dua2 tu kena seiring so takdela nanti kita dapat ape yang kita tak minat haa. So disebabkan i got the Faculty of Education, let me share you from A to Z. haha. Just want to share dgn adik2 junior melawat blog ni :)

Dalam bidang pendidikan ni WAJIB bagi pemohon utk menghadiri sesi interview. In my upu list i choose 2 courses in education, first in uitm and the another one upsi. Alhamdulillah dua2 pilihan ni berjaya untuk dipanggil interview. Untuk upsi ni lain sikit, before dipanggil interview kita kena jawan 1 ujian yang dinamakan ujian MEdsi haa, ade 300 soalan jawab dalam masa 1jam 10min kalau tak silap. Haha soalan dia senang je tapi kena faham la ape dia tanya, orang berjiwa pendidikan memang kena lah dgn jiwa dia. ehemmm, haahaha , not me. Maybe this just luck and rezeki.

selesai ujian MEdsi, muka happy je sebab soalan dia 'best' sgt!huhu

Tak lama lepas tu keluar result interview for uitm. Alhamdulillah,tak sangka pun dapt interview uitm tu sebab ingatkan kena jawab MEdsi macam upsi jugak. then keesokannya keluar result MEdsi. Alhamdulillah lulus and layak ke interview. Nasib baik tak clash tarikh interview uitm and upsi. Interview uitm 25 may at Fakulti pendidikan seksyen17 shah alam &, interview upsi 28 may at Kota Bharu. jauhhh nuuuhhh, huhu

Pengalaman intervew....
First time interview(IV)  rasa cuak jugak. yela tak prnah feel pun sebelum ni. IV kat uitm tu secara individu. and non-expected dia suruh kita mengajar kat depan.  Disebabkan i take the biology course so kena ajar bio lah kan, haa dah la time tu dah habis matriks, memang tak ingat sangat lah kannn. Tapi yg paling ingat sampai sekarang pasal cardiac cycle haa , so ajar jela pasal tu. Actually diorang just nak tengok kita punye confidence je, suara and cara kita sampaikan. Tu je then habislah. Pasal current issues of course lah kan dia tanya. Jadi rajin2 kan lah diri untuk baca :) hehe paling best interviewer tu cakap, " best la  borak dengan athirah ni," huhu malu nye la rasa.  
Iv upsi pulak secara grouping. 1 bilik ade 3 orang. Sorang student skolah agama(stpm maybe), sorang sains(me) and sorang lagi akaun. Tiga2 ni bidang yang berlainan. Tapi best lah sebab rasa tak mencabar sangat,hehe. Takde suruh ajar2 bagai macam kat uitm tu.. Totally i think iv upsi i can do better and confidently. Rasa cuak pun kurang, yela sebab tu bukan yg first. So dah ade pengalaman sikit ;)
Then bila keluar result tengok2 dapat uitm!!! so amazing for me... 
Ya Allah, syukur sangat yang tak terhingga. Alhamdulillah. You hear my prayer and accept my request :')


Interview at uitm Shah Alam



Interview UPSI at Kota Bharu, Kelantan


Anyway i'm happy with what  i got. Bersyukurlah dengan ape yang kita dapat.  But sometimes bila kita tak dapat ape yg kita inginkan, just accept it dengan redha. Allah tu Maha Pengasih. Believe that the good things will come after :) seriuslyy. Asalkan kita tak putus doa and berharap pd Dia Yang Maha Kuasa. In shaa Allah rezeki tu ade je kat mana2 selagi kita masih hidup.

Setakat tu untuk entry kali ni.  Selamat menjalani ibadah puasa&selamat beribadah! :)


#Jaga diri, jaga hati, jaga iman. Hiasi diri dengan akhlak yang mempersona.
Biar buruk rupa, asalkan tak buruk iman:)


Sekian,


Me :)

Tuesday, July 2, 2013

Ramadhan is coming,, are you ready?

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah dengan izin Allah i still can breathe today and can make this entry..  demam pun dah sembuh :) Hmm, penat jugak rasa bila tak sihat, because of that kita harus bersyukur with all the thing we have right now, kan? Pejam kelip pejam kelip dah nak sampai ke bulan yg paling dinanti2kan, ade jugak yg tak sabar *ehemm include me >_< That is RAMADHAN AL-MUBARAK :) many special things yang ade dalam bulan ramadhan ni, sebab bulan ni berbeza dengan bulan2 yang lain.. yelahh, sepanjang bulan ramadhan semua umat Islam yang cukup syarat2nya harus melaksanakan puasa ni untuk melengkapkan rukun Islam..




Mudah2an kita mampu untuk laksanakan ke lima2 rukun tersebut.. In shaa Allah.. bila ramadhan dah dekat ni, ask yourself. Are you ready for this ramadhan? Ouh!! kena ready jugak ke? YES! of course.. Haa kalau kita nak pergi jawab kuiz or exam, mesti kena ready dulu kan? kena study dulu, kena buat latihan, kena lengkapkan stationary semua. kalau tak macam mana kita nak jawab dengan tenang and baik..kan?  In this case sama jugak, kena siapkan diri. Kalau yang dah biasa berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa di pertengahan bulan (13,14,15),  and lain2 puasa sunat lagi mesti rasa terbiasa dah untuk berpuasa. Bagi yang dah biasa puasa sunat for sure mereka dah biasa untuk berpuasa nnti. this kind of people mesti takkan rasa liat untuk bersahur dan rasa payah untuk menahan rasa makan&minum. Alhamdulillah :)


Ramadhan ertinya bulan mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah s.w.t .Bahawa di dalam syurga terdpat bilik-bilik, shabat bertanya," Untuk siapakah bilik-bilik ini Ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab," ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang banyak manusia sedang tidur".



Pada hari kiamat malaikat akan bersujud dan berdoa kepada Allah, 
" Ya Tuhanku, ampunilah umat Mahammad, kasihanilah mereka. Jangan diseksa daripada golongan umat  Muhammad yang berpuasa di bulan Ramadhan". (Al-Hadith)



Dalam bulan ramadhan umat Islam akan memenuhkan masjid2 or surau2 untuk mengerjakam solat sunat tarawikh tiap2 hari secara berjemaah. Bukan kita dapat tengok macam ni kan. Dapat rasa kemeriahan yang berbeza daripada bulan2 biasa. Sepanjang 19tahun ni dah rasa pengalaman ramadhan di rumah dan asrama.. Kalau kat rumah mak or abah yang kejut. kalau kat asrama lain pulak,.. ade responsible.. i have to press the siren so that all the aspurian bangun for sahur. Tapi biasa lah, sometimes ade je yang tak bangun. and ade jugak yang sahur tapi  makan kat bilik je pun dah okay ^_^  Biasa lelaki je yang penuh time sahur kat dewan selera. *bagus jugak budak lelaki mrsm tgs ni :D

Since form2 i have involved in ajk BADAR, ajk surau and seumpama dengan nya.. Paling berat sikit masa form5, kena buat list for each usrah untuk Tadarus Al-Quran. But ni semua best, dapat pengalaman yang tak semua orang boleh rasa, kan? ^_^ Nak layan dengan junior2 yang suka memonteng lagi, haihh.. But alhamdulillah, my usrah's member always enough, kalau tak datang tu siap aku cari, haha.. Kalau junior senang sikit nak tegur and didik.Basuh2 sikit then okay lah..tapi  kalau senior tu lain pulak ceritanya.. Seharian kelas biasanya sampai pukul 2ptg. then solat zohor.. pukul 3.30ptg kena pegi prep petang pulak.. kalau time form5 lagi lah kena datang awl, dengan PGG nya lagi. ==" so pengajaran kat situ kita mesti betul2 pandai manage masa tambah2 lagi waktu genting macam ni, *preparation for trial spm 2011.. pukul 4.30ptg ready for Asar, then tadarus ramai2, kalau kat mrsm tgs ktorang ikut turn hidang makanan untuk berbuka.. ikut kelas.. Pusing2 dalam sebulan puasa tu dalam 2kali je turn hidang makanan,, Sometimes budak2 yang tak turun surau or ape2 je kesalahan, sebagai hukuman mereka dikenakan denda hidang makanan , so tambah tolak darab bahagi, makin kurang lah kerja, hehe
Thats all pengalaman ramadhan zaman2 kat mrsm dulu..

Banyak fadhilat yang ade dalam bulan ramadhan.. so mari lah kita sama2 selongkar apa kelebihannya..








Semoga ramadhan 1434H ini jadi lebih bermakna dari sebelum2 ni.. Semoga kita dapat melawan segala godaan nafsu and ambil peluang ni sebaik2nya. mungkin.... tahun depan kita 'pergi'.. Wallahualam.. kita belum terlambat. Semoga Allah mengampuni dosa2 kita yang terlampau banyak pada kisah hidup yang lalu.......



#Jaga diri, jaga hati, jaga iman, hiasi peribadi diri dengan akhlak yang mempersona,
biar buruk rupa, asalkan tak buruk iman..



Sekian, 

Me