Sunday, December 1, 2013

Tersedar Dari Lena Yang Panjang...

Bismillahirahhmanirrahim...

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. :)

masih diberi keizinan oleh DIA yang TERCINTA untuk bernafas hari ini..
Terusik hati bila teringatkan kisah2 hidup di zaman jahiliah dulu kala. Terlalu banyak masa dibazirkan untuk perkara yang lalai sedangkan perkara itu sebenarnya tak salah sekiranya kita pandai mengaturnya dengan baik diiringi dengan doa dan kepercayaan dan ketakwaan sepenuhnya pada Allah. Namun, diri yang serba kekurangan dan berfikiran mentah ni masih belum capai tahap kematangan untuk mengatur semuanya dengan baik. Its okay, at least kita dapat pengalaman yang tak pernah kita rasa sebelum ni dalam hidup, and jangan disesali perkara yang lepas. Pasti ade hikmah disebalik apa yang berlaku. Believe it! :)
untuk post kali ni, tiba2 rasa ingin kongsikan satu doa ataupun boleh jugak dikatakan puisi ^^ err ntahla.. diri ini student sains, bukan lah pakar bahasa. Hanya untuk perkongsian luahan hati dalaman yang dah lama terpendam. Semoga kita dapat hayati dan fahami bersama2.. in shaa Allah..




Alhamdulillah..
Sesungguhnya Engkau sangat penyayang walaupun aku hamba yang sering melanggar amanah Mu..
Hamba yang sering leka dengan nikmat dunia ini, Kau masih sayang aku..
Kau masih menemani aku tatkala aku gembira atau sedih, berjaya atau gagal,
senang atau susah..
Kau tetap iringi hidupku dengan bantuan Mu..

Ya Allah..
betapa sayangnya Kau pada aku :'(
Sampai bila aku harus teruskan kelekaan ini?
Bantulah aku, kuatkan aku dalam menempuh ujian dan cabaran untuk memperbetulkan tujuan hidupku..

menjadi abit dan khalifah..
yang sentiasa mengamalkan sunah kekasih Mu, Rasullulah s.a.w junjungan kami..
untuk menghayati kisah para sahabat sangat hebat keimanannya,
Umar Al-Khatab, Saidina Uthman, Saidina Hamzah dan Saidina Ali..

Ya Allah..
Betapa cintanya mereka kepada Mu..
Sanggup mengorbankan kehidupan, harta, jiwa dan nyawa mereka semata2 untuk memperjuangkan agama Mu..
Mereka lakukan apa saja untuk menegakkan agama yang suci ini..
Berjuang menentang kafir Quraisy..
Melindungi Rasul Mu tatkala dicerca dan dihina..
sedangkan aku????
apa yang aku dah lakukan untuk Islam hari ni? minggu ini? bulan ini? tahun ini? sepanjang hayatku ini...........................?
Astaghfirullah..

Ya Allah..
Kuatkan hati dan jiwa kami untuk berjihad di jalan Mu..
Ampunkan kami andai kami terleka selama ini..
berilah kami taufiq dan hidayah..
Tanpa taufiq, kami tidak dapat melaksanakan amanah Mu lagi..
Berilah kami kekuatan yang teguh dalam hati kami agar kami tidak terleka lagi ........ :'(

Ya Allah..
Kami sering lupa dengan nikmat yang Kau berikan..
Nikmat kesihatan, nikmat masa..
Kami sering abaikan dan gunakan dengan perkara yang jauh dari jalan Mu..
Betapa zalimnya kami terhadap diri kami sendiri...

Ya Allah..
Janganlah Kau biarkan kami tersungkur lagi..
Bantulah kami untuk bentengi diri kami dari bisikan sang neraka yang sering menggangu hati dan fikiran kami..

Amin..



 





Allah ada berfiman dalam surah An-Nur:24:46 ;

"Sungguh Kami menurunkan ayat-ayat yang memberi penjelasan. Dan Allah Memberi petunjuk kepada siapa yang DIA kehendaki ke jalan yang lurus".

See! specialnya kita kan sebab Allah bagi hidayah tu pada kita :) Pada hakikatnya hidayah tu Allah dah bagi lama dalam hidup masing2. Terpulang pada kita je sama ade nak ambil ataupun tidak. Terpulang pada kita jugak nak lalui jalan arah yang mana.
Bersabarlah wahai hati..
 Nak berubah bukannya senang, kerana syurga itu manis.








Dalam jalan menuju mencari redha dan kasih NYA, ketika itu jugalah Allah menguji kita. Makin dekat kita mendekati Allah, makin banyak pula ujian yang datang. Subhanallah :'( kuatkan kami. Berikan kekuatan yang teguh dalam hati kami andai kami jatuh dan tersungkur ke jalan yang lama.

"Disitulah diuji orang2 mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang dahsyat".

surah Al-Ahzab:33:11 





Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

#Jaga diri, jaga hati, jaga iman
Biar buruk rupa, asal tak buruk iman.


Wallahualam..