Wednesday, May 8, 2013

Menzalimi Diri Sendiri???Tepuk Dada Tanya Iman..

Ya..Ramai manusia tidak menyedari bahawa mereka telah menzalimi diri mereka sendiri, termasuk lah diri saya. Bagaimana dikatakan menzalimi diri sendiri itu? Ia umpama kita sedang mencampakkan diri kita sendiri ke dalam jurang kebinasaan dengan perbuatan menzalimi diri kita sendiri iaitu dengan melakukan perkara-perkara yang ALLAH s.w.t murkai&larangi. Sebagai contoh menagih dadah, menghisap rokok, memandu melebihi had laju, makan mengikut nafsu dan lain-lain. Itulah perbuatan yang merosakkan diri dari aspek fizikal. Jika dilihat dalam perspektif Islam, ia merangkumi secara lebih luas dan mendalam. Setiap perkara yang ALLAH s.w.t larangi pasti ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan diri kita menjurus ke arah kegelapan dan kebinasan.

ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud :

" Sesiapa yang tidak menghukum dengan hukuman ALLAH, maka itu lah orang yang zalim."
(Surah al-Ma'idah 5: 45)

Apabila membaca ayat ini, ada pihak yang hanya melihat kezaliman yang dilakukan oleh pihak lain. Ramai yang menunding jari kepada orang lain, sedangkan ayat ini sewajarnya ditujukan kepada diri sendiri. 

KATEGORI ZALIM

Menurut para alim ulama, zalim terbahagi kepada tiga:
1) Zalim kepada ALLAH
2) Melakukan kezaliman terhadap makhlukNYA seperti manusia, alam dan haiwan
3) Menzalimi diri sendiri

CONTOH KEZALIMAN TERHADAP DIRI SENDIRI

Spiritual

  • mensyirikkan Allah,
  • Tidak mengikut sunnah Rasulullah,
  • Meninggal dan melengah-lengahkan amalan wajib,
  • Melakukan tegahan agama dan ketagih terhadap perkara haram sebagai contoh melihat pekara-perkara maksiat tanpa batasan.

Minda

  • Malas berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan,
  • Menjerumuskan diri dengan perkara-perkara yang merosakkan daya berfikir,
  • Tidak menghargai nikmat akal untuk berfikir tentang kebesaran ALLAH.

Emosi

  • Memikirkan hal keduniaan lebih daripada mengingati akhirat
  • Membiarkan diri deselubungi perasaan yang boleh menjadikan diri lemah semangat dan berputus asa dengan rahmat ALLAH s.w.t
  • Sengaja tidak melawan sifat mazmumah (perkara buruk) yang ada dalam diri.

Fizikal

  • Makan makanan yang memudaratkan kesihatan
  • Tidak menjaga lidah daripada mengucapkan sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
  • Berkira-kira tenaga untuk melakukan kerja
  • Memmbunuh diri

#Majalah SOLUSI, ISU 53

Dalam kehidupan harian, kita seringkali sedar mahupun tidak sedar dengan perbuatan menzalimi terhadap diri kita sendiri. Perbuatan ini sama sekali tidak menguntungkan diri malah merugikan serta merosakkan kehidupan. Dengan menzalimi diri sendiri juga menyebabkan hati mula ditumbuhi dengan titik-titik hitam yang menggelapkan dan menghalang daripada menerima cahaya serta hidayah daripa ALLAH s.w.t.. Oleh itu, sama2 lah kita muhasabah diri dan berusaha untuk memperbaiki amalan. Sifat zalim hanya dapat ditangani dengan menyuburkan rasa tauhid yang kukuh, berpegang dengan syariat ALLAH s.w.t dalam apa jua keadaan.  

No comments:

Post a Comment