Saturday, April 13, 2013

Dunia Laksana "Penjara" Bagi Si Mukmin dan "Syurga" Bagi Si Kafir..

Kehidupan bagaikan sebuah penjara, semuanya terlarang, tidak diperkenankan bagi siapapun memperoleh apa yang disukai dan dirinya inginkan dengan sebebas-bebasnya kecuali hanya memperolehi dalam kadar sedikit sahaja.

Gambaran ini sangat sesuai dengan keadaan seorang mukmin yang hidup di dunia ini, dia menyedari bahawa hari-hari di dunia sangat sebentar.Dunia juga adalah satu fasa untuk mencapai kehidupan setelahnya iaitu akhirat yang kekal abadi. Seperti firman Allah dalam Kitab sucu Al-Qura'n, hari kiamat akan tiba dan tiada siapa yang mengetahui selain Nya..

No comments:

Post a Comment