Tuesday, February 4, 2014

'Genggam'kan Hati

Alhamdulillah..

Cuti semester 1 dah hampir 2 minggu, tapi baru hari ni tergerak hati untuk update blog yang comel ni ;) siapa lagi yang gerakkan hati kalau bukan Allah. Dia yang menggerakkan hati dan tangan ini untuk berkongsi sesuatu. In shaa Allah  mudah-mudahan ini bermanfaat kepada agama.

Baru2 ni ada beberapa orang junior text and chat di fb. Masing2 mengadu mengenai soal cinta. Haha, dalam hati ni terusik sebenarnya, sbb 'kakak' senior ni masih dalam alam memperbaiki diri, in shaa Allah. Semoga Allah tetapkan di jalan yang Dia redhai.

Adik,
Suka itu lumrah, tak normal lah kalau kita tak pernah sukakan sesiapa kan? maybe kita suka seseorang tu dari segi identiti dia, sifat dia, kehebatan dia n macam macam lagi, kalau nak list kan semua orang ada pendapat dan pengalaman masing2kan? kan kan kan? tipu lah kalau takde ;)

Tapi sebenarnya suka dan cinta tu perkara berbeza. I think tahap adik tu mungkin suka dan bukan lagi tahap cinta. Kata orang, cinta tu tidak boleh diluahkan, kalau ia dapat diluahkan itu namanya bukan cinta, itu suka. Itu kata orang lah. Buat masa sekarang, just focus on your study. Adik masih dalam alam sekolah lagi. Relaks lah,adik muda lagi.

Adik,
buat masa sekarang ni, serahlah hati seluruhnya pada Allah sebab cinta Allah tu indah, tak mengecewakan. Malah Allah balas lagi cinta kita tu dengan kebahagiaan dan ketenangan. Don't worry, semua orang dah ada jodoh masing-masing yang dah tertulis pun di lauh makhfuz. Just cool babeyh ^_^
So? jom lah kita sama sama berubah demi mengejar cinta yang hakiki dan mengiringi ke Jannah :) Paling penting, tetapkan hati untuk berubah!

Berubah biar sikit sikit asalkan maintain amalan yang kita buat tu  ;)

Kalau tak couple pun hidup kita pun boleh happy apaa.......... Allah kan ada ^_^





So, sempena tajuk cinta entry kali ni, i just want to present one of my favourite song,




                    



Atas Nama Cinta / UNIC

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya




Semoga kata2 yang tak sebanyak mana ni mampu mengetuk pintu hati insan ingin memulakan langkah untuk mencari kasih dan redha-Nya.















Peringatan ni adalah semata2 untuk perkongsian n terutamanya untuk diri sendiri, heee :3




#Jaga diri, jaga hati, jaga iman.
Biar buruk rupa asal tak buruk iman.



Wallahualam.








No comments:

Post a Comment